PEMBUAT KOMPUTER PERTAMA DIDUNIA

'The Electronic Colossus' sedang digunakan untuk D-Day, 6 Jun 1944
Sir Harold Thomas Flower. Dia adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Pemecah Sandi Tentera Rahsia Inggeris untuk memecahkan kod pemancar radio NAZI.
NAMA KOMPUTER KOMERSIL PERTAMA DIDUNIA
ENIAC Sedang Digunakan
ENIAC (Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Komputer) adalah komputer komersil pertama didunia. Komputer ini beratnya 60,000 paun dan besarnya meliputi satu bilik yang besar. ENIAC selesai dibina pada tahun 1945. ENIAC awalnya dibuat untuk keperluan tentera. Akan tetapi komputer ini tidak boleh menyimpan data.
ORANG TERKAYA DIDUNIA KERANA PERISIAN KOMPUTER
Bill Gates Pada 1983
William Henry Gates atau lebih dikenali sebagai Bill Gates adalah orang terkaya di dunia selama 12 tahun terakhir ini (menurut majalah Forbes). Gates adalah pengasas dan ketua syarikat Microsoft.
SERANGGA DALAM KOMPUTER
'Bug' adalah kesalahan atau kegagalan dalam program komputer sehingga tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya. Contohnya, saat kita sedang bermain game, tiba-tiba komputer 'hang' atau tersekat. Bug biasanya terjadi kerana kekurangan perhatian programmer dalam menulis program, mungkin juga kerana suatu program yang memerlukan ingatan 128 MB dan komputer dengan memori 64 MB dipaksa untuk menyimpan program dengan memori sebanyak itu sehingga terjadi kegagalan kerana kekurangan memori.
KOMPUTER BUG PERTAMA



