Sunday, May 29, 2011

Undang-Undang Pelik Pelbagai Negara

Sumber dari:  eboss @ carigold.com

Thailand
Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

Filipina
Untuk mengurangi kesesakan lalu lintas di bandar Manila, ditetapkan bahwa :
Kendaraan bernombor akhir 1 atau 2 tidak diizinkan beroperasi di hari isnin. Sedangkan angka 3 & 4 tidak boleh beroperasi di hari Selasa, 5 & 6 tidak boleh beroperasi di hari Rabu, 7 & 8 tidak boleh beroperasi di hari Kamis, 9 & 0 tidak boleh beroperasi di hari Jumat. Peraturan ini berlaku sejak pukul 07.00 pagi setiap harinya.

Swiss
a.Dilarang berkebun di hari ahad.
b.Walau warga Swiss dilarang menjual, membeli, menyeludup dan memproduksi minuman beralkohol, tapi mereka diizinkan untuk mengambilnya (meminum).

Sweden
Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi / izin dari kerajaan.

Korea Selatan
Para polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang mereka tahan.

Singapura
a.Dilarang menjual gula-gula getah di Singapura.
b.Dilarang berjalan dalam keadaan bogel.
c.Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dapat dikenakan denda.
d.Jika Anda tertangkap basah meludah sebanyak 3X, Anda diwajibkan membersihkan jalan di hari ahad dengan tulisan di dada “I am a Litterer” (Saya seorang Peludah).
e.Dilarang kencing di dalam lift / elevator.



Saturday, May 28, 2011

Koleksi benda pertama di dunia

Penampakan Sinar-X Pertama (1895): Röntgen's wife hand

 Pada 1895, Wilhelm Conrad Röntgen, profesor fizik dari Universiti Wurburg di Jerman telah menerima Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1901 kerana penemuan sinar-x beliau.

Pencakar Langit Pertama (1885): Bangunan Insurans Nyawa Di Chicago

 Ketinggiannya 42 meter di rekodkan pada 1885 di Chicago, Illinois dan dan kemudian diubahsuai semula pada 1931. Gedung ini ialah bangunan untuk Home Insurance Building yang mempunyai 10 tingkat.

Web Server Dan Web Site Pertama (1990): a NeXT computer at CERN

 
Info.cern.ch adalah alamat website dan web server pertama di dunia. Berjalan menggunakan NeXT computer at CERN. Alamat web lengkap yang pertama kali adalah http://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html yang diperkenalkan dan dibuat oleh Tim Berners-Lee.

Photografi Pertama (1826): "View from the Window at Le Gras"

  Berabad-abad kemajuan dalam kimia dan optik, termasuk penemuan kamera obscura, menjadikannya pelopor untuk foto pertama di dunia. Pada tahun 1826, ilmuwan Perancis Joseph Nicéphore Niépce, mengambil foto itu, berjudul "View from the Window at Le Gras" di rumah keluarganya.


Thursday, May 26, 2011

PENIPUAN SEJARAH : GENERAL YAMASHITA BUKAN HARIMAU MALAYA

 Diambil dari thread bro unekspekted di Forum CARI

Ini adalah sambungan dari episode http://mforum.cari.com.my/viewthread...extra=page%3D3

Jepun jugak for sure.

Bear in mind - populasi Jepun di Malaya 100 tahun dulu... lebih tinggi dari orang India.. malah.. Jepun lebih Melayu dari Melayu.. klu x sebab perang.. dorang maybe jadi 2nd largest population than Malay in Malaysia and jadi lebih Melayu dari Melayu Urban

Dilahirkan di Terengganu in 1910, anak lelaki dari satu keluarga Jepun... yang berniaga kedai runcit di Hulu Terengganu.. dia suke berbaju melayu dan bersongkok mcm orang2 Melayu
bekas rumahnya di Terengganu masih ada lagi pada tahun sekitar hujun 1940'an.. rumah papan mcm rumah orang melayu lain

TRAGEDI OKTOBER

Sometime in 1930's...bile Jepun invaded Manchuria.. chinese revolted against japanese oversea... adik perempuannya (dua dari kanan) dirogol dan dibunuh oleh orang2 Cina di Terengganu

Ditambah lagi dendam... pelaku2 tersebut dibebaskan oleh mahkamah British....

Wednesday, May 25, 2011

Kekayaan Bill gates

1.Bill Gate memperolehi pendapatan sebanyakUS$250 (RM875) setiap SAAT, Ini bermakna US$20 Million (RM70 Juta) dalam sehari dan US$7.8 Billion (RM27.3 Bilion) dalam setahun!

2.Sekiranya US$1,000 tercicir dari poketnya, itu bukannya masalah besar bagi dia. Jumlah sebanyak itu akan diperolehi kembali dalam masa 4 saat sahaja.

3.Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gate sudi menjelaskan hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.

4.Sekiranya dia memberikan US$15 (RM52.50) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih memiliki US$5Million (RM17.5 Juta) dalam simpanannya.

Penyimpan Data 20GB Tahun 1980 Dan 32GB Tahun 2010



Gambar berikut merupakan perbandingan antara penyimpan data 20GB (8 X 2.5GB) pada tahun 1980 dan penyimpan data 32GB pada tahun 2010. Daripada perbandingan ini, penyimpan data 20GB pada tahun 1980 adalah 648.000% hingga 758.400% lebih mahal dan 440000000% lebih berat daripada penyimpan data 32GB pada tahun 2010.

Sumber: http://foren-6.blogspot.com

Tuesday, May 24, 2011

China Bina Hotel 15 Tingkat Siap 6 Hari Je


Hotel ni siap dalam masa 6 hari je, siap dengan struktur kalis bunyi dan boleh menahan gampa bumi sehingga 9 magnitud.Dalam proses pembinaannya, tiada pekerja yang cedera semasa bertugas dan pembaziran bahan binaan dapat dikurangkan. 


Ni ler yang baru dikatakan produktif. Kita kat sini nak buat rumah 2-3 tahun pun belum tentu siap lagi.. huhuhuhu...

Monday, May 23, 2011

Solat Menteri2 Syria

Orang Amerika mengaku kebenaran Islam dalam Oprah

Ceritanya, selama 30 hari penuh, seorang lelaki dari AS telah tinggal bersama sebuah keluarga Muslim dan telah ‘menyamar’ sebagai seorang Muslim, lengkap dengan janggut dan pakaian berjubah panjang seperti yang dipakai oleh orang-orang Arab.Salah satu misinya adalah mengenali kehidupan seorang Muslim yang sebenarnya dan merasakan sendiri bagaimana rasanya menjadi seorang Muslim yang sering menerima diskriminasi oleh orang lain di AS.

Singkat kata, dia ingin merasakan pengalaman bagaimana pahitnya menjadi seorang Muslim yang di dihina hanya sebab janggut dan baju berjubah, padahal semua tuduhan itu sama sekali tiada bukti.

Ia telah mengelilingi bandarnya dengan penampilan seperti itu, dan respon yang diberikan orang-orang awam terhadapnya sangat menyakitkan. Majoriti warga AS yang diajaknya berbincang secara terang-terangan menolak untuk tidak mendiskriminasikan umat Islam kerana mereka yakin betul semua Muslim adalah teroris.

30 hari telah dihabiskannya bersama satu keluarga Muslim benar-benar menunjukkan perkara sebaliknya.

Sunday, May 22, 2011

Sekadar renungan perbualan cucu dengan atuknya

ORANG KATA... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA....orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA...betul jugak tu..

ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study... past year papers.. etc.. etc..etc..
ATUK KATA... exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada silibus untuk diikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Mungkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide...
AKU RASA... betul jugak tu..

ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kekawan dan sedara mara, berpartilah sepanjang malam, make it a memorable one!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita se makin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang untuk beramal, bertaubat...
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas??? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA... betul jugak tu..





ORANG KATA... successful people have a good time management, ada bisnes di kl, new york, tokyo.. masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dalam sehari, tapi... ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu bapa di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA... errrr.. betul jugak tu...

Kenali Tokoh: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary




Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana


Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Ta! bung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdam! ping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

Wednesday, May 18, 2011

Kad Penganalan P. Ramlee

Kad Pengenalan P. Ramlee (klik untuk besarkan)

Di keluarkan pada 16 Jun 1964 (semasa usia 35 tahun) selepas berpindah dari Singapura ke Malaysia.
No. Kad Pengenalan: 4131383


Nama pada I/C - RAMLI BIN PUTEH @ P. RAMLEE.
Bangsa tidak pula dinyatakan (Baris ke-2 sebelah kiri)

Sumber dari tweeter @MelissaSaila

Cara Melipat Baju Dengan Cepat

Tuesday, May 17, 2011

Dari CEO menjadi penghantar pizza

ISUHANGAT.NET. Bak kata pepatah hidup umpama roda, kadang kita di atas kadang kita di bawah. So, jika sekarang kita berada di bawah berusahalah sambil berdoa supaya hidup kita lebih baik manakala jika kita sekarang sudah berada di atas, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah beri dan jangan lupa dengan Qada’Nya bila-bila masa sahaja kita boleh berada di bawah. Ikutilah kisah seorang CEO menjadi penghantar pizza di Amerika Syarikat.

Selama 45 tahun, hidup Ken Karpman kelihatan sempurna. Lulus dengan gelaran sarjana S-1 dan MBA (Master of Business Administration) dari universiti UCLA (University of California), Karpman bekerja dengan gaji yang besar sebagai broker saham.
Dia kemudian berkahwin dengan Stephanie, dan mempunyai dua orang anak. Rutin mereka ialah melancong ke tempat-tempat mahal di seluruh dunia. Setelah 20 tahun menjadi broker, Karpman naik pangkat menjadi CEO di syarikatnya bekerja.

Gajinya pun meningkat menjadi US$750,000 setahun. “Masa itu hidup begitu indah. Kami boleh cetak banyak wang. Entah mengapa keadaan begitu tidak berterusan?” kata Karpman dalam wawancara khas dengan stesyen TV ABC. Dari segala sudut, Karpman dan keluarga pada masa itu hidup dalam “Impian Amerika” (American Dream).

Stupid Yahoo Answers

Click to enlarge